Wednesday, April 27, 2016

Kurus salah Gemuk pun salah?

Hello.
Haa tengok tajuk entry pun dh rasa down. apa lagi aku yg pernah alami ni ha.Ok mcm korang mana dh mmg kenal aku, korg tahu la bdn aku cmne before pregnant kan Luna kan. takdelah gemuk pn berat just 43 and tggi 158cm. gemuk sgt ke? idok la kan. biasa jela kan. 

Before pregnant
Masa pregnant kan Luna

Bila aku dh pregnant kan Luna, berat aku naik tak byk. turun lg adelah. sebab2 turun anak aku yg sulung kena rotavirus masa tu. mak mana yg lalu makan. dgn mendadak berat turun hgga sarat mengandungkan Luna berat aku just 46kg. berat asal 43kg. lahir nya Luna berat 2.8kg. korang rasa? dh tentu lah bdn aku makin mnurun kan. selama ni yg berat naik tu mcm berat baby je. isi aku tak btambah pun.

Dah sttle bsalin kan Luna, aku pn jalani la tempoh bpantang 44hari katanya. mula2 lalu makan smpai btambah2. lama lama jemu itu taknak ini taknak. dasar mengada! haha. berat pun turun 39kg. gila tak risau. aku fkir lps hbs pantang akan back to normal la. dpt la 43kg balik or lebih lg pun takpe. aku tak ksh pn, aku suka je gemuk2 sikit ni. 

Lepas bsalin. 34kg.
Tapi... apa yg aku fikirkan semua mleset! berat aku turun smpai 34kg. aku secara automatik nya down and takde semangat nk hidup. tapi suami and family aku tak pernah kutuk fizikal tubuh aku. dorg sentiasa bg semangat. mama msak kan mcm2. laki aku bawak je nk makan apa. korg rsa aku lalu ke makan dgn keadaan sedih aku tu? korang tahu kenapa aku down sgt? 

Pernah aku upload gmbr dgn anak buah aku bru lahir dkt FB. mostly tak komen tahniah or cute or eh anak sapa apa semua. dorg lg ke arah "eeii kurusnya you?". "babe asal makin kurus?sakit eh"."kenapa kurus lepas tu pucat?", sedih.. hanya tuhan yg tahu.lagi sedih bila ada staff ckp "akk kurus la tak cantik". tiap hari ckp. last tu tahu apa aku balas "ok la, drpd anak dara badan mcm mak org". haa geram sgt dh time tu. maaf maaf aku geram ngan dia sorg je, sbnr nya secara peribadi aku tak suka nk sentuh fizikal badan ,muka org. bukan hak aku pun.

Aku bsalin under tunku azizah sri rampai tu kan. gynae aku Dr.Zanariah. Dr zana pn risau.. aku ambik darah utk keseluruhan penyakit. aku nk tahu aku ada sakit ke. dan keputusan nya aku bebas dri sebarang penyakit. yg aku pelik, dorg komen2 tu lg tahu aku sakit. aku sendiri pun tak tahu aku sakit. hahaha

Muka pucat sbb aku tak makeup, pagi2 pergi hospital apa jadah nya nak makeup. selama ni aku tak makeup takde plak org ckp aku sakit. skg tgok aku kurus dan dan la semua komen cri penyakit aku. haha. takpela, dh mmg lumrah dunia. kurus salah, gemuk salah.

Tapi tulah berkat aku bsabar, byk bdoa. suami aku and family pn byk tlg aku. doa utk aku. berat aku skg dh 41kg. sikit lg nk back to normal. keyakinan pun makin tggi nk klua rumah and upload gmbr. kalau tdk asyik upload gmbr anak2 je. sbb takut upload gmbr sndiri org komen bukan2, aku sendiri stress. skg pn dh takde org ckp aku makin kurus. 

41kg. 2kg lagi utk ditambah. alhamdullilah :)

Alhamdullilah aku dpt suami tak pernah nk tgglkan aku. aku dh mcm tengkorak dh aritu, tp suami relax je ckp aku cantik and tak pernah pn tegur "sayang kurus sgt ah. gemuk ah sikit mcm fazura ke nora danish ke". haa takde pn dia komen buruk2 psal aku. teharu i tau. hahaha

Agak2 ada sesiapa tak alami mcm aku? kurus mcm tengkorak lps bsalin? relax.. makan selagi boleh. mcm aku skg. makan nasi tambah 2kali. relax je. Bila suami aku nk diet mesti aku mrh.
"B,allah dh bg nikmat utk makan. selera utk makan. so makan la selagi sihat.". sbb aku dh pernah rsa allah tarik nafsu makan aku. time tu bru nk mnyesal. semoga pengalaman aku ni mbantu korg eh. doakan aku dpt 43kg balik ye. 2kg je lagi ni. hehe Insyaallah :)

BY: EERA

3 comments:

Lea Kamsani said...

wow..berat awk pernah jejak 34kg? bestnyee kurus... ank sy yg 7thn tuh, berat 36kg! omak eyh, kali 2..hehe...

Eera wa said...

hahaha mcm sy, sy lebih suka brisi. cuma tak pernah dpt lg. mana tahu akan dtg boleh berat 50kg ke.hehe

Carl Dani said...

biasalah mulut manusia, yang penting kita selesa dengan diri sendiri dan juga sihat..