Hello.
Aku baru je balik dri JB. husband bawak jalan jalan sbb tak lama lg kitaorg dh 3tahun kahwin. yippee! cet, suka sgt mcm baru nk pergi. lah lah dh slmt smpai rumah pun ni. pergi pun 2 malam jerr. ok ni nak cerita apa kitaorg bt kat Jb eeh.
Kat JB kitaorg stay Swiss Inn Hotel. harga biasa2 and selesa amatt.. sesapa nk g sana, masuk je booking.com ikut suka korg ler nk hotel apa eh. Tujuan kitaorg g sana utk jalan2, bawak anak2 g tgok thomas, and cri makanan best.
First day smpai tu kitaorg checkin je, rest kejap. mandi2 pastu terus keluar g JPO. ok lah, tak byk sale sgt pn skg ni. maybe nk raya nt bru byk sale kot. makan mlm pn kitaorg just makan kt JPO je sbb dh kebulur sgt. tak lunch la kata kan. gambar utk first day pun takde.
2nd day tu, lps siap2 terus kluar cri breakfast. aku makan lontong and suami aku mcm biasa tak lari dri nasi lemak dia tu. hehe lps je breakfast trus teruskn apa yg kitaorg dh plan. kitaorg pergi HelloKitty town tu. pergi situ bkn nk tgok hello kitty, kitaorg nk bawak Rayqal tgok Thomas & Friends. dia kn pminat tegar thomas skg. hehe. Tiket RM65 utk dewasa. kitaorg laki bini je kena tiket, anak2 bawah 3tahun tak pyh.
Sesiapa teringin makan cafe feeling2 hello kitty boleh lah try. aku mmg tak kuasa la nya. tak minat. hehe
Nak beli pape guna jela ni eh. usb semua ada. tp takan kot nk beli kat sini? mahal. hehe
Anak aku punya lah excited sana sini thomas. smpai kan pintu lift pn sbuk nk pegang. alolohh..
Haaa dapat pun dia naik kretapi thomas ni. bukan dia je dpt naik , kitaorg skali dpt. untung badan. haha
Part ni aku suka, ada show thomas. ala ala hi5 gitu. rayqal nangis2 takut mula2. tah pape, aku punya happy. dia boleh nangis2. aku dh dpt port baik pnya dpn2. skali anak nangis laki aku pggl aku. haihh kacau. haha
Kitaorg suruh rayqal naik bus ni, dia nangis2 taknak. haihh tak boleh jd. last2 kitaorg yg naik. kitaorg yg byr tiket, harus lah kitaorg guna kan sbaik mngkin. Luna gak best, smua dia naik ikt kitaorg. abg dia itu taknak ini taknak. setakat nk tgok gmbr baik dok rumah tgok tv je. hehe
Takpe yg penting aku happy sbb dpt tgok show thomas td. best kot tgok bdk2 bangun nyanyi2. hehe
Lepas kluar dri thomas tu, kitaorg trus g Kilang Bateri. ramai ckp best2 kan. bagi aku ok ok jela. cuma hipster la. yg aku suka situ ada Mee rebus hj Wahid. aku google rmai suruh try. dia byk cwangan aku rsa. so try la, rsa not bad juga. cuma aku pernah rsa mee rebus lg sdp dri ni. sbb tu aku rsa mee rebus dia biasa2 je. tp tak tau la korg kan. aku just bg pndpt aku je. kat kilang bateri pn tak beli apa, laki aku je beli baju kt JOHO.
Lepas kilang bateri, kitaorg balik hotel dlu. rest kejap, mandi2 pastu keluar balik repeat JPO.sbb aku nk beli tshirt kat cotton on. smlm dh usha dh, tu repeat harini tu. hehe
Lepas JPO, kitaorg terus g dinner dkt tepian tebrau. dok google ramai suruh makan tiptop ikan bakar. tp bila smpai, hmm chinese eh. bukan tak suka. cuma time tu rmai chinese yg makan berbanding melayu. so utk keselesaan kitaorg anak beranak. try la kedai no14.
Haa sedappp! layanan and harga pun best. lain kali kalau aku dtg lg mmg nk repeat. sedappp! msa taip ni pun msh teringat ingat lagi ikan bakar dia. auwww! haha igt tau kedai no14.
And tadi before balik kitaorg breakfast kat singgah selalu. sbenar nya byk lg kedai breakfast best2 tp itulah bila dh ada anak kecik ni mcm terbatas sikit. kena cri yg selesa yg tak sesak. so singgah selalu ni sesuai la ada ruang aircond gak. selesa sikit anak aku nk makan nasi lemak. kuat makan anak aku tu macam kitaorg gak. hehe
And macam biasa aku tak hbs2 ngan lontong aku. dh sedap, mmg la nk repeat weh. hehe
Ok dah nak balik KL, bye JB. enjoy sgt dtg sini. tkasih la encik husband sbb rajin bawak jalan sana sini walaupun kat JB mmg kitaorg fully guna waze. hehe ;)